Isnin, 22 April 2024

(Update) 'MISI MENCARI CALON ISTERI' BAKAL MENYERIKAN HUJUNG MINGGU ANDA DALAM RESTU

KUALA LUMPUR, 23 April 2024: Suasana Syawal masih lagi terasa dan untuk meneruskan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi) mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu keluarannya yang berjudul ‘RESTU’ yang bakal ditayangkan bermula 26 April 2024 ini pada jam 9:00 malam.


Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh oleh barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya dan ramai lagi, hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng berkata, “Selepas kejayaan Rampas Cintaku 2 yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, kami bakal melancarkan drama bersiri terbaharu berjudul RESTU untuk memenuhi permintaan penonton
yang semakin meningkat. Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan semua platform penstriman di Malaysia menghasilkan sejumlah kandungan asli yang berkualiti tinggi serta membawa pesanan dan teladan yang baik”.

“Selain itu, kami sedang bekerja keras mengendalikan beberapa projek Original iQIYI yang kini sedang dalam pelbagai peringkat seperti pembangunan skrip, penggambaran dan pasca-produksi dan ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia,” tambahnya lagi.
Setelah kejayaan luar biasa drama bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri RESTU yang merupakan diantara 12 drama yang bakal mewarnai tahun 2024.

Drama RESTU menceritakan tentang watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia. Hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari pengganti hidup tetapi, anaknya
meletakkan tiga syarat yang perlu dipenuhi. Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat ‘restu’ dari Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam Projek drama Original iQIYI ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

“Sepanjang dua tahun ini, kami melakukan pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa
masyarakat tempatan.”

“Kami juga sangat teliti dalam pemilihan para pelakon kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Kami tidak hanya fokus pada aspek populariti sahaja, namun lebih kepada bakat versatile yang
dimiliki oleh setiap pelakon demi mencapai objektif iQIYI dalam menghasilkan produk-produkber kualiti buat penonton semua,” tambah En. Jony lagi.

Tayangan perdana episod pertama drama RESTU adalah pada 26 April 2024, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau
laman web www.iQ.com/local. Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut
boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

iQIYI meletakkan harapan agar drama ini dapat diterima ramai sekaligus mendapat ‘Restu’ dari penonton. “Semoga drama bersiri ini mempamerkan kemahiran kreatif tenaga produksi dan juga bakat anak seni tempatan ke peringkat dunia.”

“Kami mensasarkan RESTU menjadi jambatan penghubung antara penonton di serata dunia dalam merasai sendiri keunikan budaya dan kepelbagaian naratif yang terdapat di Malaysia,
serta memberi nikmat hiburan buat penonton disamping mencipta lebih peluang baharu dalam mempelbagaikan lagi kandungan digital tempatan,” tambahnya.

Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, taip RESTU di ruang carian, kemudian terus klik ‘Pesan’ untuk mendapatkan peringatan awal atau strim Restu
di iQIYI, hanya RM9.90 sebulan dengan Super Streamer Pass Hotlink, tontonan HD tanpa gangguan iklan!

Jangan lupa temujanji anda bersama drama RESTU bermula 26 April 2024, pada jam 9:00 malam (setiap Jumaat & Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek
kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

Isnin, 15 April 2024

(Sembang) Lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim cemerlang dalam drama Lelaki Itu

Jujurnya, ED terkejut sebenarnya Che Puan Sarimah Ibrahim kembali berlakon dalam drama Lelaki Itu di TV3. Paling mengejutkan lagi, Che Puan Sarimah Ibrahim memegang watak utama yang berat dalam drama itu. Tepukan gemuruh untuk lakonan cemerlang Che Puan Sarimah Ibrahim dalam drama itu. 

Che Puan Sarimah Ibrahim 

Lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim dalam drama Lelaki Itu bermain dengan emosi sebab watak Qaidah lakonannya diuji selepas kematian suami dia apabila seorang demi seorang perempuan datang dan mengaku menjadi isteri arwah suami dia. Ekspresi dan artikulasi Che Puan Sarimah Ibrahim sangat jelas menggambarkan perasaannya. Memang terbaiklah!

Pada bulan Ramadan lalu, ED sempat berbual dengan beliau di ruang mesej Instagram.

Penjelasan CP Sarimah Ibrahim tentang watak Qaidah.

16 tahun juga Che Puan Sarimah Ibrahim dah tak berlakon ye...

ED doakan Che Puan Sarimah Ibrahim dianugerahkan anugerah pelakon wanita terbaik pada tahun ini.

Selamat maju jaya kepada Che Puan Sarimah Ibrahim. Terbaik!

Rabu, 6 Mac 2024

(Update) Tarikh siaran drama Dia Dari Syurga, waktu siaran tengah hari pula...

Tarikh siaran drama slot Widuri Ramadan TV1 dah keluar.

Drama Dia Dari Syurga lakonan Ummi Nazeera dan Aliff Aziz serta ramai lagi akan bersiaran bermula 11 Mac 2024, 12.05 tengah hari sepanjang Ramadan.

Alamak, ED tak dapat tengok secara waktu tayangan sebenar sebab kerja waktu tu. Kalau rajin, ED akan tengok di Myklik RTM.

Isnin, 4 Mac 2024

(Tahniah) Keputusan AJL38

Berikut keputusan AJL38.

Penyanyi Pilihan Alha Alfa:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Persembahan terbaik:
Aisha Retno (Sutera)

Vokal terbaik:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Ketiga:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Kedua:
Aisha Retno (Sutera)

Juara:
Amir Jahari (Hasrat)

Amir Jahari

Aisha Retno

Aina Abdul 
 

Tahniah diucapkan!

Ahad, 3 Mac 2024

(Sembang) Tekaan Pemenang AJL38

Malam ini AJL38. Ini tekaan ED untuk pemenang AJL38 malam ini.


Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar & Nabila Razali
Persembahan terbaik: Aisha Retno (Sutera)
Vokal terbaik: Aina Abdul (JMRI)
Ketiga: Naqiu (Santai)
Kedua: Aisha Retno (Sutera)
Juara: Aina Abdul (JMRI)

ED rasa malam ini, Aina Abdul akan beri persembahan sehabis baik & melodi lagu Jangan Mati Rasa Itu membolehkan Aina Abdul menunjukkan vokal & kreativiti nyanyiannya.

ED tak tahu, tapi ED rasa malam ini malam Aina Abdul.

Selamat menonton!

Khamis, 29 Februari 2024

(Drama Baharu) Drama Hero Seorang Cinderella 2, akan datang...

Tak sangka, selepas 7 tahun, drama Hero Seorang Cinderella ada sambungannya.

Drama Hero Seorang Cinderella 2 akan datang di Astro Ria.

Fazura dan Fattah Amin sebagai pelakon utama drama ini.

ED ingat lagi, selepas drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura berkahwin.

Nantikan drama Hero Seorang Cinderella 2 di kaca tv anda. Fenomena dulu drama ni.

Isnin, 19 Februari 2024

(Siaran Media) Pengesahan Penarikan Diri Dato' Jamal Abdillah di AJL38

SIARAN MEDIA

Dengan ini kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Dato' Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini.  Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Dato' Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.  

"Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Dato' Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

Sebelum itu Dato' Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Dato' Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu" -  C.F Ho,  Pengarah Urusan FMC Music


Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma - Ezra Kong . FMC Music  telah bersetuju untuk menamakan penyanyi  Afieq Shazwan sebagai penganti Dato'  untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir Anugerah Juara Lagu nanti. Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita.

Afieq Shazwan akan menggantikan Dato' Jamal Abdillah di AJL38.

Good luck untuk lagu Kucuma di AJL38.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi